Maafin gue!

23 10 2008

Hooked, jauhkan carrot cake itew. *mual.

Sejam dua tiga hari ni aku asyik menggila! Aduhh bosan lah dok rumah aje. Sekarang aku gatal tangan daftar dalam Jobstreet.com pulak dah. Dah lama aku tak buat, tak sedar rupa-rupanya dah masuk 2 tahun aku tinggalkan universiti (tolaklah Penang punya course sebab bukan best pun). Bila aku tengok, rasa bangga jugak sebab ada major details dah bertambah; contohnya; pengalaman kerja, kemahiran (Camtasia tetap masuk senarai) dan sebagainya. English goreng pun dah semakin bagus dah. Saja je aku nak test market. Hehe.

Dalam pada gatal tangan tu juga, semalam aku dapat call dari this semi-government company untuk datang temuduga di Wangsa Maju. Vahhhh… Bangga 5 saat kan sebab baru buat resume 3 hari lalu. Tapi alangkah bengangnya aku sebab mak aku tak bagi. Dia takut aku terus kerja tu tak nak jadi cikgu. Pitam sekejap. Tapi aku suka la kerja tu, as a copywriter. Kerja mudah, boleh mengarang, mengadap Internet dan gaji not bad juga.

Ops baru terima second interview request:

Dah tentu aku terpaksa reject dengan alasan I am now residing in Kelantan permanently *capoi sgt mulut. Tapi jadi cikgu pun ok jugak kot. Apa pendapat korang? Sekarang ni pelajar semakin biadap dengan guru. Contohnye kes di Perlis tu, huh.. kalau aku kat tempat cikgu tu, tahu la aku belasah budak dua ekor tu. Aku hantuk ke dinding.

Teringat pulak conversation aku dengan student aku di YM:

“Ngeri sir dengar pasal cikgu kena tendang kat Perlis”

“Tu la, tapi kami tak jahat sampai macam tu kan, sir?”.

Aku senyap

“Huh iyooo lah. Tapi sir geram dengan ***** dan ***** tu. Kalau dapat sepak muka  dwang tu best jugak.”.

Aku gelak.

“Ala sir, dwang tu berani cakap je, buat tak berani, lagipun dwang tu takut dengan sir. Kami tahu la sir.”.

Aku terkesima.

Beberapa hari lepas, kompaun dari MBSA menerjah mail box dirumahku. Sentap jugak kena sound sebab rupanya ada lagi saman yang bertunggak ya? Ingatkan dah habis. Masa ibu suruh bayar, aku senyap je. Agaknye dia faham, dia hulur sikit, aku mintak lebih sebab nak bayar bill Celcom. Dia senyap dan terus bagi sebab aku tempelak yang aku tahu rupa-rupanya mak aku yang membayar ansuran kereta adik aku. Motif!? Ingatkan bayar sendiri guna duit elaun. Po katooooooooooooooooooooo…. Mak aku pulak yang kena bayar, jadi kereta aku + kereta adik aku = RM810 + RM610 = MYR 1410 la sebulan. Kesian mak aku. Tapi takpe lah duit kalau kita berkira, lagi dia hilang. Ingat tu.

Tadi juga, aku sempat ke kolej terkemuka (ye ke?) kat town untuk hantar resume as a part-time tutor. Aku gigih pun sebab dwang telefon suruh hantar asap. Aku cuma call tanya ada vacancy untuk admin je.  Tapi abang HR tu memang baik. PR sungguh meletop. Terima kasih bang. Call lah saya dan berikan saya jawatan itu.

Oh ya, sepatutnya aku ke temuduga semi-gov tu pada hari ini tapi of course la aku tak dapat pergi. Ingatkan boleh la lepas tapi hadooooooo! Akhirnya berkali-kali Encik F itu menelefon aku. Dari telefon pejabat hingga lah ke telefon bimbitku. Aku rasa terharu sangat. Aku rasa dihargai. Aku cuma bagi jawapan, tak sempat pergi. Ini, kalau aku pergi aku rasa aku terus dapat ni. Macam kerja dulu, interview hari Rabu, hari Khamis terus lapor diri. Alhamdulillah. Tapi apakan daya, tarikh posting aku pun dah dekat. Mesti ayah dan mak aku nervous sebab besar harapan aku mengajar di Kelantan. Aku pulak? Aku tak kisah kat mana-mana pun. Business tetap jalan, kan Hooked!?

Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan terima kasih kepada makhayam Miss S sebab sudi menemankan diri di kala bosan; yakni belanja makan dan topup minyak.. Juga kepada Hooked yang tidak jemu-jemu mengumpat di YM, SMS dan di corong telefon. Sentap tak dapat support Miss G kan? Tidak dilupakan papa yang semakin hari semakin tembam dan diharap sudah membeli tiket penerbangan LCCT-KBR-LCCT ya. Harap maklum birthday daddy sudah dekat.

What a valuable lesson. We see so many beautiful things each day that we become numb; we become immune to their awe, grandeur and magnificence. Shouldn’t we stop taking things for granted and approach all of life with the same wonder as my grandmother? Shouldn’t we behold each tree or each sunrise or each butterfly as the true miracle that it is?

Ted Baker

Advertisements

Actions

Information

One response

23 10 2008
hooked

dan jgn lupa penyamaran mak menjadi Professor X

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: