Raya ke dua pula.

2 10 2008

Wazzzuppp! Selamat menyambut hari raya ke tiga! Ted dah rasa bosan dah ni, mungkin sebab satu hari ni sakit perut. Tulah makan tak hengat dunia kan, main masuk jeee apa aje yang depan mata, perut pun rasa sebu. Sepanjang hari ni ted habiskan dengan jalan-jalan ke rumah kawan-kawan dan of course berkunjung ke rumah Su Allen. Destinasi pertama hari ini ke rumah Erry. Dah lama tak jumpa dia. Parents dia masih ingat ted walaupun dah lama jugak ted tak pergi rumah dia. Last jumpa Erry pun dah lama sebab dia dah pindah kerja ke Terengganu. Kalau tak kerana hari raya ni, tak tahu lah bila sempat jumpa. Hari raya kedua juga hari my sis pulang dengan anak saudara. Tuu diahhh baru sampai dah bergosip bagai sampai lupa duit raya ted. Demand pulak tu nak RM10 sorang. Cessss ted nak bagi pun dah cukup baik tau!

Lama jugak tak jumpa my nieces and nephews ni. Yelah lain la kalau ted buat praktikal kat KL, bolehlah selalu jumpa. Di kesempatan yang ada juga, hari ni my family buat kunjungan ke rumah bakal suami adik ted. Ya, adik ted dah nak kahwin dah bulan 12 ni. Dah jodoh dia kan. Apa pun, nak pergi tu memang excited, cuma perjalanan tu agak tension sebab jalan jammed tak hengat donia. Ted nak mencelah pun tak boleh sebab ted tak tahu rumah bakal suami adik tu kat mana.. First time ni pergi. So, plannye follow je lah adik dan kakak kat depan. Dwang bawak kete masing-masing dan ted bawak kete ted sebab lepas tu nak pergi rumah Su Allen, nak tolong pasang pelamin kat customer dia. So jalan terbaik ikut je la bontot kete my sis tu sampai ke sudah.

Arghhh line 3G ni buat ted sakit hati je. Will continue later k! Be good!

Ted Baker

Advertisements

Actions

Information

4 responses

2 10 2008
hidney

too much of kuih raya pun tak elok, but not kuih bahulu. i can eat bahulu all day long. hahaha

3 10 2008
Arep

Tudiah. Mak tutop mulot. Lengoh

4 10 2008
aSyRaff

ur blog tkder tagboard eh… susah lah nak tag hehes…slamat hari raya!

5 10 2008
Faisal Admar

nice house. nice car. haha!
btw, tu le jangan le makan macam2 sangat k? hehe.
mana gambar pelamin?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: