Rindu Raya Ted Baker.

26 09 2008

Hye uals! Dah beli baju raya ke? Kalau dah beli tu baguslah, kalau tak beli tu, tak reti-reti nak beli? Tapi kalau baju raya tahun lepas elok lagi, pakai je lah dulu kan? Yang penting bukan baju raya (ye ke? hiks) tapi kesempatan untuk berkumpul dengan adik-beradik dan sanak-saudara. Walaupun aku kadang-kadang konsep plastik dengan orang-orang tertentu, tapi layak la kan. Buat baik dengan ibubapa kita sudehh.

Masa aku buat entry ni, hati pilu tak tertahan pulak, dengar lagu raya Sharifah Aini. Tak tahu pulak apa tajuk dia, tapi lagu raya ni memang slow dan menyayat hati..

” Di hening subuh.. di pagi raya.. Doaku pohon buat  yang tiada… Airmataku, tabur bersama… Terkenang daku, takbir bergema.”

Sedih, pilu dan sebak hati mengingatkan arwah nenek yang aku panggil Mok. Nenek sebelah ibu. Insan yang paling aku sayang, paling aku hormat dan sanjung suatu ketika dulu. Insan yang sentiasa berada di sisi saat-saat dikutuk dan dicerca (masa budak-budak, aku cute sebab tu orang asyik dengki, githooo).

Bila Mok pergi menghadap Ilahi pada 1995, akulah orang yang paling sedih. Rasa dunia gelap seketika. Masa tu sekolah di KL, aku balik secepat mungkin ke Kelantan. Aku ingat lagi, masa dalam flight tu, aku menangis macam orang gila. Aku tak fikir apa dah, cuma nak cepat sampai, nak mandikan arwah. Aku nak cium dahi Mok, cium pipi Mok dulu sebelum Mok dikafankan. 45 minit penerbangan dari KLIA tu aku rasa lamaaa gila.

Bila sampai saja, aku sempat mandikan arwah dan aku satu-satunya cucu yang naik kereta jenazah ke kubur. Tahun tu, raya pun disambut biasa-biasa saja. Yang paling terkesan, sudah tentu ibu aku sebab she is the only child. Satu-satunya anak Allahyarhamah Munah binti Hassan dan Allahyarham Mat Hassan bin Saman. Walaupun ibu tak tunjuk depan anak-anak tapi bila aku tidur, aku sedar, dia akan datang usap kepala aku dan mengadu:

“Emmm.. Mok takde dah abe, Ibu dah jadi anak yatim dahhh”

Lepas ibu balik ke bilik dia, giliran aku la pulak meraung. Aku pergi masuk bilik arwah Mok dan ambik kain sarung arwah dan bawak masuk bilik aku. Aku cium puas-puas, nangesss dan tertidur. Rasanya 3/4 hari lah aku macam tu, baru boleh terima kenyataan Allah lebih menyayangi arwah. Biasalah, masa tu kecik-kecik lagi, manja pulak tu kan. Mok memang baik, dia sporting dan tak berkira langsung pasal duit. Apa aku mintak mesti dapat. Dia sayang aku tau. Seingat aku, Mok memang suka berdandan. Bersih aje muka dia. Masa nak tidur, dia akan pakai ubat sejuk.

Sekarang, setiap kali aku balik kampung, aku tak akan lupa menziarahi kubur arwah Mok dan Chek (atuk aku). Chek meninggal masa aku umur 3 tahun, jadi aku tak berapa ingat how me communicate. I know how he looks like, but I guess I was too young  to remember when I started my verbal and psychomotor memory. Lainlah dengan Mok, sebelum aku dapat masuk sekolah di KL, aku lah peneman Mok tidur. Setiap petang, lepas balik sekolah dan mengaji Al-Quran, aku akan tidur atas paha Mok. Mok akan lepak di beranda saja, tunggu wakil penoreh hantarkan duit hasil getah setiap hari. I miss that moment and sometimes I wish that I should’ve never schooled at KL. 😦

Sekarang, raya masih lagi meriah. Ayah dan ibu pun suka lah sebab nanti adik aku akan kahwin, dia akan dapat menantu baru dan aku pulak akan posting ke Kelantan. Kalau tahun lepas, aku beraya sebagai wartawan, tahun ini dan tahun seterusnya aku beraya sebagai cikgu pulak.

Sepanjang hari ni, ramai yang datang bersalaman dan mohon maaf, termasuk 5 orang budak lelaki yang ego tewwww! Baru kejap tadi, Nurul, Fatihaa, Yuhanim, Hafizah dan Munirah datang bagi kad raya. Alahai cute sangat they all. Bila aku baca tu, gelak sorang-sorang. Siapa cakap wartawan tak boleh jadi cikgu sporting? Boleh tauuuuu. Tegas tapi sporting is such a good combination aite!.

Aku bersyukur sebab Allah permudahkan urusan sepanjang praktikal aku dan dipermurahkan rezeki aku sepanjang 10 bulan berada di Penang ni.I can’t say I enjoyed myself, but it is what it is. I have 5 more school days before I completed my practical training.

Tapi yang pasti, walau di mana pun aku berada, ingatan aku pasti menerjah Mok.

Al-Fatihah.

Ted Baker

Advertisements

Actions

Information

3 responses

26 09 2008
adam

ted, sama-sama sabar ye. walau dah lama, macam baru minggu lepas je kita gurau senda dengan mereka yang dah tinggalkan kita kan. walau pun kita still rasa sedih, tapi sedar tak sedar, dah masuk tahun jugak mereka dah tinggalkan kita. selamat harai raya ted.

27 09 2008
joe

hi Ted,
Ingat lagi janji tertangguh kita dulu tu? If u got time this holiday, maybe we can meet.Selamat Hari Raya.

29 09 2008
Faisal Admar

jap jek kan masa berlalu. dah nak posting ke kelantan balik. hmm mmg tak best langsung ke penang? 😦 maybe orang penang je kot rasa cam best kan?

sedih kan bila pikir kan balik. i pun ada nenek dulu yg bela we all sampai besar. sampai kolej. time result keluar dia meninggal dunia hari tu. sedih sangat! dia yang nak tengok sangat result. kecewa usah dikata. banyak hari tak makan sampai pengsan. nak makan je teringat dia. sedih!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: