Siapa makan cili, dia rasa pedas.

25 09 2008

Assalamualaikum!

How are you people? Sihat ke? Tak sabar nak balik Raya kan? Aku pun.. Malas laaaa nak kemas barang. Aku main letak je atas katil! Lipat pun ala kadar. Malas! Barang nak pergi kerja pun bawak mana yang ada je. (Payung tu penting uals, takut panas). Kebanyakkan barang ada rumah Tok Teh. Ini yang aku paling boring, sebab aku tak suka letak barang merata-rata. Nanti susah nak carik.

Aku menunggu masa je ni nak balek rumah, nak kemas apa yang patut. Esok, lepas kerja aku boleh terus berambus balik. Bontot aku ni pun dah panas dok kat rumah Penang ni. Semalam aku tak balik belah sana pun, malas. Aku berbuka dengan Ifa di Jemputree, lepas tu tengok wayang movie The Love Guru. Entah hapa-hapa citer tu. Kami keluar awal dan balik tidur. Sampai rumah, aku buat LP pastu terus tido. Takde mood langsung nak buat apa.

Malam ni aku, Ifa dan Azie plan nak keluar lagi. Rasanya nak pergi Kapitan. Berbuka hari ni dengan Ifa rasanya. Tengok lah macam mana. Nak balek rumah mandi dulu baru keluar balek. Biasalah bila menghitung hari je nak balek kampung ni kan…. Yang kelakar tu, semalam aku dan Ifa tertido masa tgk wayang tu.. Voley!!! Kahkahkakah. Gila sangat. Penat sangat uals.. Nak sangat berjalan walaupun penat.

Pagi tadi, 9 pelajar yang ponteng kelas semalam tu kena panggil. Aku nak sangat tahu kenapa dwang tak masuk kelas. Ada yang kata bosan (aku membosankan agaknya sebab aku bagi kerja rumah terlalu banyak, tapi kalau ko rasa pergi sekolah tu membosankan, aku cuma boleh cakap, ko boleh pergi mampos!!), ada yang malas dan ada yang takut nak masuk sebab dah lewat 10 minit. Dah tentu aku mengamuk, tuduh dwang. Haiyohhhhhh belum apa-apa lagi dah cakap aku akan mengamok. Tak baik tau. Aku tak suka mengamok-ngamok ni tauu!

Kesimpulannya, dwang kena rotan baikkkk punyaaa. Lepas dwang masuk kelas, aku bambu jugak sampai dwang complaint dan mintak aku berhenti membebel. Hehe.. Lepas tu aku mengajar macam biasa dan lepas kelas dwang mintak maaf dengan aku. Yang girls 5 orang tu lah. The boys, biasalah dengan ego masing-masing. Dalam pada aku membebel tu, aku sempat kenakan sorang student lelaki ni. Bukan apa, aku tengok kalau mengorat perempuan bukan main aktif, tapi masa English, siap pening kepala tidur. Aku sound cakap”

“Tak payah nak berlagak macho atau romeo. Lepas SPM ni, kalau ada GF pun, GF malu nak mengaku kamu tu BF dia.. Yelah, orang tanya, BF ko kerja apa, takkan kamu nak cakap – tak kerja, dok saja-saja. Kamu as a girl, nak ke BF macam tu? (Taknakkk!!!!!, ada student pempuan jawab). Muka pun bukan ada sangat. Duit takde langsung. Sekarang orang bercinta pakai duit, bukan pakai muka. Terhegeh-hegeh kat perempuan macam takde kerja lain. Time belajar, pemalas. Time balik tunggu pempuan, bukan main laju.”

Kan! Terus merah padam muka. Hello! Aku tak kutuk dia, aku cakap in general tau! Siapa makan cili dia rasa pedas! Emmmmmmmmmmmmm pedasnyaaaaaaaaaaa!

P/S – Aku baru ternampak student form 5 bergaduh. Fuh… Live depan mata uals! Jantan sangat dey all bertumbuk. Hehe!

Ted Baker

Advertisements

Actions

Information

13 responses

25 09 2008
axim

pedas jer kan budak budak tu kena..haha

25 09 2008
Hidney

haiyoh uolss… sungguh pedas perlian a.k.a cacian itiew… zaman bercinta pakai muka dah lama hilangd ah. now semua kena ada 5k noks…

Kekayaan, kereta, kad kredit, kondominium, kacak… aku nak tambah satu lagi… k
KEPALA. hahaha keji uolss…

25 09 2008
areps

jgn kau kena tumbok dah… tumbok sambal tak per..

25 09 2008
ombK

…salam aidil fitri semoga segala khilafku dimaafkan….moga lebaran ini beri makna buat awk….jgn lupa ombK ok

<img src=”http://img254.imageshack.us/img254/5994/cardrayazf0.jpg” border=”0″ <a href=”http://g.imageshack.us/img254/cardrayazf0.jpg/1

25 09 2008
Faisal Admar

macam en arep cakap, jangan kena tumbuk udah le. lagi pun bran ke dorang nak tumbuk? sanggup bayar duit lawyer ke? keke.

25 09 2008
thegossiplounge

Dwang tak berani nak lebih-lebih. Polis datang rumah mau???

25 09 2008
thegossiplounge

Hidney: Kepala apa nok? Takut nyeee haha!

25 09 2008
adam

selamat hari raya ted. balik kampung elok2.

25 09 2008
conan_skywalker

tu diahh.. fire budak2. bgus uol..
apa2 hal pn mata ku trus tertancap kat esperitts nan hitam itu.

25 09 2008
hazel

benda yang paling malas gue bawak = = = = payung!!!

25 09 2008
Faisal Admar

ujan ted. mcm mana berbuka di kapitan? lepas jek sahur tertido. letih sangat hari ni, banyak keje pastuh kena larik naik turun tangga sebab banyak kes nak kena setel.

hujan ni ted. drive elok2 tau

25 09 2008
hidney

hahaha komen kontroversi kah itiew? kepala mana lagi ted oiii… yang letak atas bahu tu la. puasa sundelsss… tak boleh fikir yg bukan2. lepas raya nanti boleh. hehehe

26 09 2008
khairulius

apa pun tetap damier bag LV….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: