Hang tak mau laa jenguk aku noh!

14 09 2008

Hello peeps! How are you people anyways! It’s been a while since my last entry kan? Tak sempat uals! Now I bersiaran daripada negeri jelapang padi AKA Kedah (bukan Perlis ye Sahara, bodoh sangat kau ni).

I ada kat sini sejak dari Jumaat. Lepas kelas I terus balik rumah, angkut baju-baju yang perlu dibasuh, lappy dan terus datang sini. It tooks me almost an hour untuk sampai. Tapi rasanya lebih sebab I sesat sampai masuk Sungai Layar mana tatau. Maklumlah dah ada highway. Aku dah tak ingat jalan. Everytime datang mesti sesat. (Tapi I jarang datang sebab sibuk dengan study etc).

Sampai aje, Aku terus pergi rumah Mak Teh dulu.. Salam dan borak-borak kejap, aku jenguk pulak Pak Andak dan Mak Andak kat rumah sebelah. Mak Lang Saniah keluar katanya, so aku pergi jenguk Abang Chaq dulu. Kesian, lepas Kak Chaq meninggal, dia memang macam tak terurus sikit. Nasib baik Kak Nani ada, boleh jenguk mana yang patut bila anak-anakdia gi sekolah.

Bila balik Merbok ni, baru aku dapat tengok wajah terbaru sepupu-sepapat. Semua dah besar-besar. Semua tinggi dari aku. Am, baru 21 tahun tapi dah pandai handle pembajak sawah. He looks 31. Nazrin pun besar. Mizi dah kahwin, masuk askar. Pendek kata semua dah kahwin lah. Yang bujangnya, berapa kerat je, termasuk la aku dan Chaq.

Hari Jumaat tu aku tidur rumah Chaq. Sembang macam-macam. Lepas tu kami pergi pasar ramadhan di Bujang. Not bad tempat dia. Dalam jalan-jalan kami berhenti beli tembikai. Tapi bukan sebarang tembikai tau, ini tembikai gred A. Memang besar dan manis. Untuk berbuka hari tu aku buat jus tembikai laici. Memang best.  Oh ya, lupa nak cakap, sebelum kami balik dari pasar, aku sempat beli siput Retak Seribu. Best uals! Buat masak 3 rasa. MMppphhhh sehingga menjilat jari! Mesti uals tak pernah tengok rupanya kan? Ala macam kepah je tapi lagi best!.

Jadi, hari Jumaat tu aku tak pergi mana, tidur rumah Chaq. Pagi semalam (Sabtu), aku cepat-cepat siap pergi rumah Mak Teh. Mak Teh ni sesitif sikit. Kalau aku lama tak pergi, nanti dia merajuk. Lepas bersiap aka kadar (tapi tetap cantekkk), aku drive pergi. Dekat ja, tak sampai 5 minit pun.

“Hang ni ***, tak mau dah mai tengok aku noh! Sat aku dah mati hang tak mai teruih la noh”

Tuuu diahh aku tak duduk lagi, baru cium tangan ni dah kena se dassssss!! Aku cakap la tak sempat nak mai itu ini. Tok Teh tanya napa aku tak mau buat praktikal kat Merbok. Aku cakap lah aku tak boleh pilih tempat nak praktikal. Sembang-sembang, Tok Teh cerita pasal lutut dia sakit, kena inject dengan oil dan macam-macam lagi. Setiap kali tengok Tok Teh, mesti aku ingat kat Ayah aku. Muka lebih kurang tau!! Sejibik! Nanti aku post pixel ayahanda dan Tok Teh. Aku nak masuk youtube aksi Tok Teh makan. Comel tau!

Semalam, aku berbuka rumah Tok Teh. Kak Nani tanya aku nak makan apa, aku cakap tak kisah lah nak makan apa pun takpe. Kak Nani masak Ikan Cencaru 3 Rasa, Gulai Ikan Pari,kuih-muih dan macam-macam lagi. Aku makan tak ingat dunia. Lepas tu kami tersandar. Kak Nyah senyummm je tengok kami landing. Lepas tu kami berbual la apa lagi, citer macam-macam hal dalam kain semua keluar. Sebelum tu Abang Ramzi pergi kerja dah. 7 to 7 kaedahnye. Camne tu? Aku yang kerja 7.30 to 2.00 pun complaint itu ini. Hehe.. Bersyukur uals!

Hari ni aku tak decide lagi nak berbuka kat mana. Mungkin rumah Pak Andak. Nanti dia terasa pulak, aku tak berbuka lagi kat rumah dia. See, aku memang tak lepas dari tanggungjawab untuk memuaskan hati orang tua.

Aku memang baik. (“,)

Ted Baker

Advertisements

Actions

Information

9 responses

14 09 2008
conan_skywalker

tu dia.. sesi bertandang ke umah mak menakan & pak menakan katanya..

p/s : nok, aku tau siput retak seribu tu lagumana ghopa dia. kg ko kt merbok ke nok? mrasa senegeri di bawah lembayung jelapang padi.

14 09 2008
areps

kau memang tetap cantik walau d bendang pun.. x g GURUN ke u ols? Jumpa idola u ols…

14 09 2008
hazel

rajin hang drive jauh2 gitu..

14 09 2008
add_asyraf

tunjuk le pic siput setak seribu tue macam mane…nak tgk gak…huhu…

14 09 2008
love-n-hate

wah! best je lawatan rumah sedara sambil bercuti-cutian sambil makan²… uish 3-in-1… macam shampoo dah!

**siput tu rupa camne? x sama cam siput biase ke?

14 09 2008
adam

ted, baguih la hang ni no. rajin tengok oghang kampung. aku jugak yang liat nak balik kampung

14 09 2008
cendana287

Ted,

I’ve started another blog – Cendana Blues: Addicted to Politics at http://cendana287.blogspot.com

As the title suggests, this one is about socio-political issues – things I do not want to dirty myself with at the first site.

15 09 2008
areps

My KB is JUTAWAN, BAEKKK and TOP

15 09 2008
love-n-hate

jutawan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: