Aku bosan

7 09 2008

I’m back in Penang after a wonderful 3 days at home. Berat hati nak tinggalkan ibu dan ayah, rasa tak puas lepak, sembang dan berbuka puasa sama-sama. Tak ape lah, aku nak balik Jumaat ni jugak! Best tau dok kampung. Kali ni aku niat nak ajak Juey, Mapong dan Aan sekali. Mana tahu nak beli kain pasang lagi ke kan!

Tadi aku bertolak pukul 11 pagi dan sampai di penang pukul 4 petang. Not bad jugak. Jalan tak jammed langsung kan memang la gitu. Aku pun takde la ngantuk sebab tekan minyak aje.. Masa dalam perjalanan tu aku sms Adin, kasik basuh sikit, jangan dok besar kepala dengan orang tua. Hormat sikit jangan dok ikut kata hati. Lepas tu Ayu sms dan call, ada isu sikit tapi dah settle dah pun.

Pokok pangkalnya, kita yang muda ni kena lah beralah dengan yang tua. Tak boleh lah nak ikut cakap kita aje. Lain bapak, lain cara nak tunjukkan kasih sayang betul tak? Ada sesetengah bapak memang tak pandai nak tunjuk dia sayang kita, tapi memang dia sayang. Macam Kak Mass, dia tak pandai nak tunjuk yang dia sayang anak perempuan dia. Camtu pulak kan? Jadi kesimpulannya, sebagai anak, kita kena beralah. Lagi pun sementara mak ayah ada ni, kita buat la baik dan jaga hati dwang. Nanti dwang dah takde, jadilah kita yatim piatu. Sedih kan?

Sebab tu aku nak balik selalu. Lagipun bila parents kita dah tak sihat ni, hati pun tak berapa tenteram kan, Axim? Dalam fikiran tu dok pikir family je lah. Apa pun aku sentiasa doakan yang terbaik untuk parents aku, tu je lah yang mampu aku buat dari kejauhan (dan juga call setiap hari tanya khabar).

Sampai aje kat bridge, Juey sms cakap tak jadi nak berbuka sama sebab malas nak keluar so aku terus pergi Queensbay untuk you-know-what activity, pergi cash deposit kat Maybank, jenguk Topman, Raoul, GAP dan Guess then pergi jenguk-jenguk baju Melayu. Lawa, dari RM120 akak tu bagi RM100 (padahal harga dia RM60 je kan kak?) Saya tahu la saya meniaga juga! Tapi takpe, memang lawa. Aku nak beli nanti. Untuk ayah dan ibu tak tahu nak beli apa, beli kain pelikat kot untuk ayah dan kerongsang untuk ibu. Adik aku mesti belikan kain so aku takyah la beli kain.

Lepas jalan-jalan, aku gerak balik dan sempat singgah pasar ramadhan.. Yang penting ada student aku, Daniel nampak jugak pastu dari jauh menjerit………… CIkguuuuuuuuuuuuu!!! Tooo diahhhh terkejut aku. Dahlah aku pakai skinny jeans (macam selekeh je kan cikgu pakai skinny), then ada la orang tengok. Pastu Daniel tanya kenapa lama tak nampak kat pasar ramadhan (dia tolong nenek dia meniaga laksa penang – esok aku nak beli), dia tanya aku balik kampung ke? Pandai dia. Aku angguk je pastu aku terus gi beli air. Air kelapa dah takde, sentap. Beli air tembikai, sedap.

Dari jauh aku ternampak Amy, student form 5. Aku malas nak layan, terus aku blah. Aku sampai je rumah ingat ada beberapa isu tapi dek kerana muka aku ni kan leh tahan gampang kalau nak berdebat terus tak jadi isu. Jangan main-main kau ingat aku tak biasa bertarung. Silap tu. Silap-silap kau malu sendiri.

Esok aku akan kena cerap kali ke dua oleh guru pembimbing. Sebenarnya aku tak risau dan kisah langsung pasal tu. Pensyarah datang pun aku tak kisah. Tak kuasa aku nak beria-ria. Entahlah, malas nak dok sini lama-lama. Nak berambus balik kampung!

Ted Baker

Advertisements

Actions

Information

3 responses

7 09 2008
hidney

cikgu? wow… i wish i have a cikgu like you hehehe (with skinny jeans and all)

8 09 2008
love-n-hate

dulu, love-n-hate selalu je bertekak ngan Ayah, but skang ni… ikutkan je, lawan pun dia gak nak menang… lagipun… DIAKAN AYAH!

skang ni, lebih senang untuk iya kan je cakap diorang… mak dan ayah dah tua… dulu mak sihat, skang dah sakit2 sket… bukan sakit ape pun… sakit tak larat… penat, letih… camne nak tolong?? pegi doktor pun doktor cakap sehat!

mak ngan ayah baru 56thn tahun ni… but, mcm mane lagi 10 thn? skang ni tgk mak sakit pun dah sedih… walaupun demam selsema je… pelik sangat rasa… sebab biase tgk dia sehat…

**kalaulah kesakitan mak tu boleh beralih pada aku… kan bagus! Ya Allah, ringankan kesakitan ibuku… jgn biarkan dia sakit… beri kesakitan itu pada aku…

8 09 2008
areps

nobel sunguh love-n-hate..

terharu.. sob sob..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: