Season 1: Part 5 : Love and label (Sex and everything in between)

10 08 2008

Kim memecut laju ke pejabat. Nasibnya baik Ezra sudi menyediakan office attire untuknya. Sesudah mandi, memilih panties dan bra sepadan, dia berlari ke bilik wardrobe, tengok-tengok sepasang peragaan Diane Von Furstenberg dan sepasang sepatu Christian Louboutin sedia menanti.

Oh thank you! Thank you! Thank you! Seru hatinya girang.

Tentu Ezra
tahu Kim akan malas-malas ke pejabat hari ini. Matanya bengkak sedikit. DiharapShades Aviator Christian Dior mampu melindungi matanya dari dilihat. Dalam perjalanan ke tempat kerja, telefon bimbitnya tidak
henti berdering sehinggakan dia terpaksa meletakkan dalam silent mode. Rimas juga bila Rizal tidak putus-putus menelefon dari semalam. Semuanya pula berlaku terlalu cepat, tidak sempat Kim hendak mengambil masa untuk berfikir menjadi rasional tentang apa yang terjadi semalam. Yang dia
tahu, dia memang marah semalam. Nasib baik tidak melayang barang-barang dalam
rumah, nasib baik bertengkar di luar rumah. Kim senyum sendiri.

Bila telefonnya bergetar lagi, Kim mula naik bengang.

You nak apa lagi ni? Tak puas lagi ke nak sakitkan hati I?” kata Kim sebaik sahaja menjawab telefonnya. “Boleh tak jangan marah-marah? Pagi-pagi pun nak marah? Tunggulah malam ke, lepas kita lunch
ke, apa ke… I tak boleh tidur semalam sayang.. I miss you…” Kata Rizal dihujung talian. Suaranya merengek manja.
Rizal tahu Kim memang mudah marah tapi cepat sejuk. Dia kenal benar Kim tapi dia juga tahu yang Kim memang keras hati. Kalau dia kata tak mahu, sampai sudahlah begitu. Seolah mengatakan R&B sama seperti Jazz, tidak mungkin begitu senang.

Sekarang,
dia perlu lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Kim kembali. Semalam dalam perjalanan pulang, dia pergi bersemuka dengan Kaz, mahukan penjelasan. Kim tak tahu dan diharapkan dia terus tidak menahu tentang apa yang berlaku antaranya dan Kaz.

“Apa yang you merepek-repek ni? You mabuk ke apa ni? Jangan nak buat lupa pasal semalam!” marah Kim. Geram betul hatinya bila Rizal merengek manja begitu. Hatinya masih panas. Menggelegak.

“Laa..mana ada I merepek.. sayang.. please, I nak jelaskan pada you. Kita jumpa malam? Tempat biasa? Or I pick you up? Please.. if I don’t meet you, I’m going to your place. Serious I tunggu you balik.katanya penuh mengharap. He needs to meet Kim.

Kim berkira-kira dalam hati.

I’m busy. I had a big day today. Tengoklah macam mana” Jawabnya dan terus
mematikan talian.
Sebaik tiba di pejabat, Kim berjalan cepat ke wardrobe room, mengambil senarai attire yang akan tiba dan terus daftar masuk ke pejabat. Workspace rekaannya begitu bersih, stylish dan sentiasa mendapat perhatian
ramai.

8.15 pagi.

Tidak pernah
Kim sampai ke pejabat sebegitu lambat. Nasibnya baik, editor-in-chief belum tiba. Ya, editor-in-chief
yang menentukan periuk nasinya. Wanita awal 40-an bernama Wilda Aids begitu sinonim dengan dunia fesyen Asia Pasifik.

Wilda Aids adalah ikon fesyen yang memegang tampuk majalah Malaysia Vogue sejak 3 tahun yang lalu. Dilahirkan di London tetapi dibesarkan di New York dan mempunyai darah campuran Jepun, Wilda memang tidak pernah mahu memberitahu umurnya kepada umum. Memulakan karier sebagai wartawan fesyen, Wilda mengorak langkah menjadi wanita Asia pertama yang dipilih menggantikan editor British Vouge, Bette Middy pada tahun 1986 sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia untuk
mengetuai pasukan Vogue Asia sebagai hub Vogue untuk Asia Pasifik.

Beliau yang dikenali sebagai Wilda Nuclear tidak disenangi editor fesyen yang lain kerana sering dianggap bongkak, tidak akan memandang sesiapa dari luar Malaysia Vogue dan sangat terkenal sebagai seorang perfectionist. Berpendapatan MYR5 juta setahun, RM50,000 setiap bulan untuk elaun membeli-belah, Mercedes SLK Brabus untuk kegunaan peribadi dan suite tetap di Hilton dan JW Marriott Kuala Lumpur.

Wilda dicemburui dan terkenal kerana pernah bekerjasama untuk menubuhkan Teen Vouge, Vouge
Living dan Men’s Vouge selain sangat teliti dalam setiap penulisan, fotografi, rekaan dalaman dan pakaian yang akan diperagakan dalam Malaysia Vouge. Wilda yang sangat menyukai rekaan Versace dan Valentino akan sentiasa memerhati mereka yang bertugas di Malaysia Vouge dan baginya, the best shape is size 2 and big butt are not accepted.

Siapa yang tidak mahu berada di tempatnya?

Kim menjenguk ke bilik Wilda. Belum sampai lagi. Dia bersandar ke kerusi. The Book, dummy untuk keluaran bulan hadapan sudah tersedia dihadapannya, sebagai editor fesyen, Kim perlu meneliti setiap perkara dalam The Book. Semua itu mengambil masa dan masalah dengan Rizal benar-benar mengganggunya.

Dia pun sebenarnya memang bosan dengan Rizal. It’s too long. Sudah 4 tahun. Kalau kahwin,
anak sudah 3 tahun, mungkin a boy.. a soccer boy.. or a girl.. a Barbie girl.

Berbicara tentang perkahwinan, bukan sekali Rizal melamarnya, bukan satu tempat juga Rizal melamarnya, katakan di mana sahaja dari dining places hingga ke pasar malam, pelbagai cara…you name it …Tambah pula, bukan Rizal sorang saja yang cuba meyakinkannya, sepupu sepapat Rizal habis dipunggah; menelefon dan berjumpa, termasuk pura-pura terserempak. Dari ibubapa sehinggalah ke anak saudara diajar dialog untuk memuji anak/bapa saudara yang kacak itu.

Tapi… hati Kim masih tetap tertutup. Mungkin dia masih menantikan mimpi untuk dia membayangkan
saat indah Rizal menjabat tangan memikul tanggungjawab sebagai suami. Apa pun sehingga kini, dia belum bermimpikan hal itu. Bila diceritakan kepada Ezra, seperti biasa Ezra akan ketawakannya. Baginya, dia tidak pernah melihat mereka dalam skop perkahwinan. Baginya Rizal tidak sepadan dengan Kim. Kim is a goddess and Rizal is just trying too hard!

Dalam seronok berkhayal, bahunya ditepuk perlahan. Ayu! Kawan baiknya, head of advertising dating menyapa.

She is not here yet?” Tanya Ayu pasal Wilda sambil menjenguk ke dalam pejabat. “Belum. Great party last night maybe?” spekulasi Kim sambil menghirup Cappucino, merujuk kepada Zang Toi Home Welcome
Party
di Pavilion semalam. Kim terlupa untuk menghadirinya. “We miss you last night.” Sindir Ayu
seraya bertenggek di atas meja. Ayu senyum. Tangannya membelek-belek The Book.

Oh my God, I totally forgot about that party! Urghh…” jawab Kim sambil membetulkan rambutnya di hadapan webcam Apple. “ I had a fight last night with Rizal.” Adu Kim sebelum menambah lip gloss di bibir. Ayu mencebik bibir. “Again? Whats with you guys and fights? Tak boleh ke keluar dengan aman damai? Kalau macam ni, macam mana nak kahwin? Getting married!?” Tanya Ayu. Kim menjelir lidah, kemudian berkata;“Marriage is not on the menu. Sorry!” Jawab Kim, senyum seraya bangun menuju ke pastry. Ayu mengikut dari belakang. “Ok fine.. I understand that but seriously, you guys are not in a healthy relationship.” Sambungnya lagi. “Don’t fight, work things out. Berbincang,tahu?” katanya lagi sambil menekan butang lif.

“Dah bincang, tak tahu nak bincang apa dah. Semakin banyak kami bercakap, makin banyak yang nak digaduhkan. Urghh… break saja lah.” Sebaik pintu lif dibuka, Ayu terpandang 2 wartawan fesyen berada di dalam lif, sedang berbisik-bisik dan ketawa halus.

Who the hell are you people?Get out!. Ini lif untuk editor saja, tak faham-faham?” ungkap Ayu dengan nada agak tinggi. Jarinya ditunjuk-tunjuk ke muka mereka. Kim membalikkan mata. Dia tidak kisah mana, Ayu memang begitu.

“Eh, tapi.. Cik Kim yang editor, Puan Ayu….” Belum sempat mereka menghabiskan ayat,Ayu menyambung…. “Memang lah aku bukan editor, tapi aku KAWAN BAIK pada editor! Sekarang ni kamu berdua nak berambus atau nak aku sepak keluar dari lif ni?” tengking Ayu sambil mencekak pinggang. Kim senyum simpul. Dua gadis itu kemudian cepat-cepat keluar lif sambil menjeling-jeling. “Lain kali guna lif
lain, kalau aku nampak kamu guna lif ni nahas aku kerjakan! One more thing, jangan pakai baju jarang
macam tu kat sini, this not a goddamn bar! Bitches!” maki Ayu sambil kepalanya terjojol keluar dari lif. Kim yang bersandar di dinding lif hanya tersenyum. Sebaik berpusing badan, memberikan pose seorang supermodel, Ayu bertanya,

“Macam mana, boleh jadi Wilda Aids?” ujarnya sambil tersenyum dan menggelengkan kepala bak pelakon Hindustan. “Bolehlah…” Jawab Kim sambil senyum dan menggelengkan kepala.

2.00 Petang.

Tidak sempat untuk makan tengahari, Kim meminta Kyra, pembantu peribadinya membelikan untuknya. Terlalu banyak urusan perlu diselesaikan, memeriksa senarai sponsor untuk majlis terdekat. Urusan postal garment terbaru daripada New York dan London dan juga jemputan pelbagai event, kesemuanya perlu RSVP; mana pula dia memang tiada mood untuk pergi bersosial. Harus diheretnya Ayu atau Kyra bersama.

“Daniel daripada Giuseppe Zanotti ingin sahkan kehadiran Cik untuk fashion show
mereka. I think it’s a must go, arahan daripada Puan Wilda.” Ujar Kyra, lembut tutur dalam mesyuarat mingguan editorial fesyen. Kim menghempap pen ke buku nota. “Why? I dah pergi dulu kan!” kerut dahi Kim. “Emm.. that’s for winter Cik, now its for summer Cik Kim.” Jawab Kyra, perlahan. Kim mendengus kasar.

“Daniel tu saja kan?!” bentak Kim. Dia geram juga dengan Daniel, anak muda berdarah campuran Cina-Melayu yang dikenalinya sejak setahun yang lalu, tidak putus-putus mengajaknya keluar. “Saya rasa dia pergi jumpa Puan Wilda terus. Kalau tak, takkan Puan Wilda arahkan Cik Kim pergi pula.” Kata Kyra, yakin.

“Mestilah tu. He is smart. Dia tahu I akan ikut cakap Wilda.” Kim bersandar ke kerusi empuknya dan bergoyang ke kiri dan ke kanan. Kim mengusap rambutnya, memikirkan peragaan apa yang perlu dipakai. “Ok,I pergi, but I will not wear Giuseppe Zanotti.” Tegasnya sambil tersenyum. Kyra bingung. Dahinya berkerut.

Come on Kyra, you pun tahu, their garments are not practical at all. We don’t have 4 seasons here! Dato’ datin yang purchase their garments did that to show off to their friends. If I were them, I would
go to Singapore and shop. These people are just clueless about fashion.”
Kutuk Kim sambil melihat ke skrin laptopnya.

Diteliti penulisan Julian Ang, antara wartawan fesyen dibawahnya. Matanya dikecilkan dan diteliti setiap perkataan dari kiri hingga kanan tidak berhenti-henti.

“Ini lagi satu, what the hell is this about? Semua orang nak buat aku marah!” bentak Kim sambil menggenggam kedua-dua tangan tanda geram. “Go and get him!” arahnya kepada Kyra. Kyra kemudian terkocoh-kocoh pergi mendapatkan mangsa terbaru Kim.

Sebaik ternampak kelibat Julian, Kim bersandar dan memeluk tubuh. Dapat dilihat raut wajah
Julian mula berubah. Julian tahu ada sesuatu yang tak kena.

To be Continued.

Advertisements

Actions

Information

3 responses

11 08 2008
love-n-hate

hmm… can’t wait!!! faster²!!

11 08 2008
Kazz

Done~
next!!

reading can be fun sumtime…XD

16 08 2008
love-n-hate

kazz… reading is fun larrr… 🙂 winkwink!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: