Season 1: Part 2 : Love and label (Sex and everything in between)

3 08 2008

Ahh fucking alarm clock!!! Getus Kim dalam hati. Diri lambat-lambat hendak bangun, berguling badan ke kiri dan kanan, mengharapkan waktu belum pukul 7 pagi dan dia masih boleh bermimpi diulit sepi indah. Bantal dipekup ke muka dan Kim menarik nafas pelahan-lahan.

Tangannya mencapai ke telefon bimbit di meja sebelah katil. Anak mata dikecilkan…..

280 misscalls, 79 SMS

Semalam panas betul. Pertengkaran dengan Rizal dan cuaca juga tidak menyebelahinya. Semakin dia cuba lena, suhu badannya pula semakin panas walaupun penghawa dingin sepatutnya mampu mendamaikan badan, tidak pula perasaan. Kim menangis, sudah tentu. Sedu.. hiba… semua ada. Lengkap.

Itu belum kawan-kawan menelefon, satu pun tidak dijawab, apatah lagi SMS, satu pun tidak dibalas. Kim tahu, mereka berniat baik, tapi mungkin masa ini tidak langsung sesuai. She need some time off, alone. She needs time to think and rejuvenate.

Sesekali Ezra keluar dari biliknya menjenguk-jenguk tapi kawan baiknya itu sendiri tidak tahu apa hendak dibuat. Kim keras hati. Dia akan terubat dengan sendiri, Ezra tahu itu. He can be there, anytime but not now. Kali ini mungkin pertengkaran mereka nampaknya akan berpanjangan, in different ackward kind of way.

Sebelum ini bukan mereka tak pernah bertengkar, bergaduh, bercakaran; di awal perhubungan, Ezra masih ingat bab pinggan mangkuk berterbangan, sipi kena dahi Rizal…. Meluru ke hospital mereka malam itu. Kim memacu Honda Jazz miliknya bagaikan pemandu F1. Rizal kena 5 jahitan.

Sebelumnya, Kim lewat pulang kerja, ada tugasan tidak rasmi dan perlu tunggu pula di hospital untuk dapatkan pengesahan jumlah mangsa yang terlibat dalam kemalangan, mahu dapatkan pula maklum-balas dari pihak hospital untuk beberapa complaint issue yang dihantar ke mejanya. Seperti biasa, telefonnya lupa dicaj dan somewhere in the chaos, she forgot that she has a movie date with Rizal, which happens to be on time at every date. Tiba di pejabat, pandai pula dia menelefon si buah hati, atas dasar rindu yang membuak-buak, rupanya Rizal berada di rumah bersama Ezra setelah menghabiskan 3 jam di Mid Valley, tidak termasuk hamper 1 jam beratur untuk mendapatkan tiket tayangan filem The Lords of The Rings: The Fellowship of The Rings. Bergaduh lagi dalam telefon dan Rizal bertegas untuk ke pejabat Kim dan mengambilnya pulang. Katanya dia risau Kim memandu malam-malam, dalam keadaan marah pula, tapi Kim tahu yang Rizal memang susah nak terima skop tugasnya. Baginya, Kim tidak perlukan kerjaya seperti itu. Dalam perjalanan pulang, itulah yang ditengkarkan. Bila Rizal menengking melampau, Kim terdiam. Merajuk. 4 hari pula untuk Rizal memujuk.

Speaking of which, isu kerjaya juga menjadi topic pertengkaran yang tidak kurang hebatnya. Rizal yang bergelar pensyarah dikata Kim sebagai begitu ortodoks dalam menilai perhubungan. Bagi Rizal, semua harus sempurna dan teliti. He is the male version of Breakfast At Tiffany’s. membuatkan Kim terfikir, siapakah suami dalam perhubungan mereka?

Kesudahannya? Tiada.. masih lagi bersambung dengan pelbagai insiden yang menyebabkan sepanjang malam Kim berjaga di hadapan TV. Tangan pantas pula menukar-nukar saluran tapi tidak ada satu pun menarik perhatiannya. Dari atas sofa, berpindah ke lantai, ke dapur untuk ‘merogol’ peti sejuk. Apa sahaja yang boleh dimakan untuk lupakan pertengkaran tadi.

Selang dua minit, vibrate telefonnya dirasai. Tidak dilayan sehinggalah dia masuk ke bilik tidur dan cuba untuk lena. Ingin sekali menjawab panggilan Rizal, bergaduh lagi tetapi dia tahu lelaki itu harus di ajar, berkali-kali.

7.30 pagi.

Kim sudah bersiap. Mandi ala kadar. Wangian Paris Hilton Heiress di sembur ke seluruh badan. Rasakan! Ezra sudah lama ke pejabat. Dirinya masih berlengah, sempat pula mencapai susu segar, menghiris strawberi untuk disantap bersama cornflakes. Sambil bersarapan, telefon bimbitnya rancak berdering.

Rizal.

Reject call.

Kim kemudian ke bilik wardrobe. Oh sumber ketengangan. Semalam, dia tidak masuk ke bilik itu. Saja untuk elakkan bad luck. Being sorrow is a bad luck for her garments, or so she said.

Kim senyum melihat susunan kasut-kasut disebelah kirinya; Anna Klein New York, Anyi Lu, Biviel, Birckenstock, Attilio Giusti Leombruni, Diane Von Furstenberg, Dolce & Gabbana, Guess by Marciano, Kenneth Cole New York, L.A.M.B, Nordstrom, Jimmy Choo, dan pelbagai label yang antaranya masih belum disentuh.

I’m freaking Emelda Marcos! Getusnya dalam hati.

Di sebelah kanan, tersusun cantik tas, shades dan aksesori berperingkat dari atas hingga ke bawah, memenuhi tiga para.

Para pertama, tas tangan ; Burberry, Argento Vivo, Coach, Dolce & Gabbana, Jessica McClintock, Eric Javits, Elain Turner, Dooney & Bourke, Dabby Reid, Bvlgari, Kendra Scott, Leatherock dan banyak lagi.

Para kedua, shades; DIOR, Karl Lagerfeld, Donna Karan, Echo, Fendi, Furla, Glam Rock, Giorgio Armani Eyewear, Chloe, Brahmin, Ray Ban, Rafe New York, Monsac, Mars and Valentine, Majorica, Prada, Louis Vouitton dan Gucci.

Para ketiga, aksesori; Links of London, Kooba, Lois Hill, Longchamp Jill Stuart, Lodis, Judith Jack, Juicy Couture, Inge Christopher, ESQ Swiss, Movado, Micheal Kors Eyewear, Nordstrom Diamond, Roberto Cavalli, Rock & Republic dan banyak lagi.

Kim senyum lebar.

At least you guys never cheated on me.

Kim senyum lagi.

To be continued.

Advertisements

Actions

Information

8 responses

3 08 2008
khairul

wowwww
i’m the 1st to read this story???bangga nya dgn diri sendiri….
jenuh nak membaca segala jenama kat dalam cite tu,sampai yg x pernh dgr pun ada gak…
td ym dah approve,n saya x invi pun.ok esok ptg kita ym k.
keep writing this story k.syok plak hehehe

4 08 2008
Faisal Admar

terkejut LV takde dalam senarai tas tangan.
good post… at first i thought kim is a boy lol.

4 08 2008
arep

280 misscalls, 79 SMS <— i bet this will take more than 24 hrs..

LV is common dah Faisal. Skrg ppl go for BONIA the store.. *larikkkkkkkkkk

4 08 2008
I'MNOSUPERMAN

GOD!!! I hate that kim. can i just be like her?

4 08 2008
thegossiplounge

Haha Bonia.
SIAL!

4 08 2008
fadz

very pop kan? :bermimpi diulit sepi indah

but man, the wit, the wit!

‘merogol’ peti ais is awesome… dalam beberapa bulan, mungkin ayat ini boleh menjadi kultus!

but is this Kim that violent? Pinggan terlempar … setengah dari Kim semacam moden (koleksi kasut dan kolokial metroseksualnya) tetapi setengah, hehe, mungkin Kim ‘ketimuran urban’- but serious man, pinggan campak2, very P. Ramlee the 50s. I would rather do this: 1000 deretan majalah (ermm, apa ah wanita baca? Vogue?) dengan klise Betty Davis bila mengamuk, porak-peranda atas Rizal. Kim: Lepas ni, kemas sepah yang kau buat!

4 08 2008
love-n-hate

i want kim’s life… i want my walking closet just like Carrie’s in SATC… huhu~~

4 08 2008
arep

very the P Ramlee.. hahahaha… or Ruminah Sidek i suppose ? Piring2 terbang segala mak nenek. Domestic violence is a crime ok..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: